PROJEK

Bantuan Sosial: Program Adopsi Zoo Negara (Mei 2020)

Program Adopsi Zoo Negara telah disokong oleh Yayasan Kossan. Semasa Perintah Pergerakan Kawalan (PKP), Zoo Negara terpaksa berhenti beroperasi dan kehilangan punca pendapatan mereka yang kebanyakannya adalah hasil dari penjualan tiket. Dengan mengadopsi haiwan-haiwan tersebut, kami dapat membantu Zoo Negara memastikan bekalan makanan tahunan dan kesihatan haiwan terjaga.

Dengan jumlah sumbangan sebanyak RM5,000, kami mengadopsi lima (5) haiwan iaitu Beruang Panda, Cheetah, Harimau Malaya, Gajah dan Orang Utan. Kami mengambil berat akan kesemuanya.