PROJEK

Bantuan Sosial: Yayasan Kossan Mengambil Tindakan Untuk Melindungi Barisan Petugas Hadapan & Pekerja-pekerja Kossan Semasa Pandemik Covid-19 (Mac 2020)

Dengan penularan wabak Covid-19 baru-baru ini, rakyat Malaysia yang bertugas di barisan hadapan sepeti pegawai perubatan, polis, tentera dan pihak berkuasa yang berkaitan telah ditempatkan dalam situasi yang ekstrem untuk memerangi wabak tersebut dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia. Pengorbanan dan usaha mereka amat dihargai dan untuk menyokong mereka, Yayasan Kossan melalui sokongan dari Kossan, telah mengagihkan 2 juta sarung tangan untuk memastikan keselamatan mereka sentiasa dilindungi ketika menyelamatkan orang lain.

Kami dengan berjayanya telah mengagihkan sarung tangan tersebut kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Polis Marin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPPKL), Hospital Sungai Buloh, Bomba Sungai Pinang Kota Raja, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Bomba Rawang.

Pada waktu yang sama, Kossan melalui Yayasan Kossan telah mengagihkan penutup muka dan sarung tangan kepada semua pekerja dan keluarga mereka untuk menjaga kesejahteraan mereka.

Kami tidak dapat membayangkan jumlah pengorbanan dan kerja keras yang dilakukan oleh pekerja kami demi syarikat ini dalam waktu yang mencabar ini dan kami berterima kasih atas sumbangan anda.

Marilah kita terus kuat dan memikul tanggungjawab dalam memerangi wabak ini bersama-sama!