PROJEK
Bantuan Kewangan: Karnival Kesihatan & Keselamatan YK kali ke-3 (Julai 2019)
Yayasan Kossan telah mengadakan Karnival Kesihatan dan Keselamatan kali ke-3 untuk orang ramai pada 20 dan 21 Julai 2019. Karnival ini bertujuan untuk membolehkan masyarakat setempat menikmati perkhidmatan percuma yang disediakan oleh para peserta pameran. Ini termasuk pemeriksaan kesihatan percuma seperti tekanan darah, pengukuran BMI, tahap glukosa dan kolesterol dalam darah, fisio, dan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh. Mereka juga boleh mendapatkan nasihat daripada perunding pemakanan serta pemeriksaan gigi dan mata. Karnival ini mencatatkan bilangan pengunjung yang tinggi dimana mereka datang bersama keluarga pada hujung minggu untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan disamping menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga dengan menyertai tarian kecergasan Zumba dan persembahan Karate.