PROJEK

Seni dan Budaya: Festival Perahu Naga bersama Warga Emas (Jun 2019)

Sukarelawan Yayasan Kossan berkumpul di Rumah Jagaan Warga Emas Yam Toh Teng Klang bagi meraikan Festival Perahu Naga bersama warga emas di rumah jagaan tersebut. Para sukarelawan menceritakan tentang asal-usul Festival Perahu Naga melalui lakaran serta ladu (dumplings) sebagai pencuci mulut. Para warga emas juga melakukan aktiviti senaman bersama para sukarelawan dan menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka. Yayasan Kossan memberikan sumbangan berbentuk makan tengah hari, peralatan dan dana untuk rumah jagaan tersebut, serta perkhidmatan dandanan rambut untuk warga emas. Festival tersebut merupakan hari yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan oleh semua peserta.