PROJEK
Bantuan Kewangan: Program Kembali ke Sekolah (Mac 2019)
Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah menemui sebuah keluarga dengan 7 orang anak yang tidak bersekolah kerana kemiskinan melampau. Atas dasar kemanusiaan, Yayasan Kossan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah menghulurkan bantuan berbentuk barangan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis, stoking, kasut, dan uniform manakala pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah membantu untuk mendaftarkan mereka ke sekolah pada bulan April 2019.