PROJEK

Bantuan Kewangan: Penajaan Jersi Ragbi kepada SRK Taman Klang Utama (Mac 2019)

Yayasan Kossan telah berbesar hati untuk menaja jersi untuk 12 orang pelajar yang mewakili sekolah mereka dalam Kejohanan Ragbi Daerah Klang. Sukan merupakan salah satu komponen penting dalam pertumbuhan pelajar. Aktiviti sukan membantu dalam meningkatkan perkembangan kesihatan mental dan kecergasan fizikal. Melalui penyertaan dalam sukan dan permainan, pelajar akan memperoleh pelbagai kemahiran, pengalaman, dan keyakinan yang membantu dalam perkembangan peribadi mereka.