PROJEK
Bantuan Kewangan: Peruntukan dan Sumbangan Wang Tunai kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Wen Xin (Februari 2019)
Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Wen Xin merupakan rumah jagaan yang menempatkan 16 orang warga emas. Rumah jagaan tersebut telah memohon sumbangan wang tunai dan sumbangan daripada Yayasan Kossan bagi terus menjaga warga emas. Yayasan Kossan mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Wen Xin untuk memahami operasi, menghulurkan bantuan, dan memberikan sokongan terhadap usaha murni mereka.