PROJEK
Bantuan Pendidikan: Pelancaran YK Smart Classroom di SJKT Jalan Meru (Februari 2019)
Yayasan Kossan menyokong usaha sekolah-sekolah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran berasaskan kelas abad ke-21 dengan melancarkan program YK Smart Classroom yang memfokuskan terhadap peningkatan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Program ini menaja pembinaan kelas pintar di sekolah-sekolah terpilih sebagai satu usaha untuk mempromosikan pengalaman pembelajaran interaktif dalam kalangan pelajar melalui kaedah pengajaran yang canggih dan terkini.
Jawatankuasa SJKT Jalan Meru telah menjemput Yayasan Kossan dan Ahli Parlimen P110 Klang, Encik Charles Santiago untuk merasmikan majlis pelancaran YK Smart Classroom di SJKT Jalan Meru. Yayasan Kossan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas peluang yang diberikan bagi menyokong perkembangan pembelajaran di SJKT Jalan Meru dan kami berharap agar lebih banyak projek pendidikan dapat dilaksanakan di masa hadapan.