PROJEK

Bantuan Pendidikan: Program Penajaan Kembali ke Sekolah (Disember 2018)

Yayasan Kossan telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah tempatan untuk memberi bantuan kewangan dalam bentuk barangan asas untuk persekolahan dari segi beg sekolah, pakaian seragam, kasut, stokin, alat-alat tulis dan buku kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk persiapan penggal baru persekolahan.

Antara barangan yang disumbangkan oleh Yayasan Kossan untuk setiap kanak-kanak adalah pakaian seragam sekolah (3 set), kasut sekolah, stokin sekolah (3 set), set alat tulis, beg sekolah, botol air dan kotak pensel.

Senarai sekolah yang menyertai program penajaan tersebut adalah SJK (C) Pui Ying, SJK (T) Ladang Vallambrosa, SJK (T) Methodist Kapar, SK Rantau Panjang, SK Taman Klang Utama, SK Batu Belah, SJK (C ) Liat Choon, SJK (C ) Perempuan, SJK (T) North Hummock, SJK (T) Vageesar dan SK Tambak Jawa.