PROJEK
Bantuan Pendidikan: Lawatan Kanak-kanak Prasekolah ke Ladang dalam Bandar (8 November 2018)
Pembelajaran di luar bilik darjah adalah sama penting dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan tujuan tersebut, Yayasan Kossan telah bekerjasama dengan ‘Dignity for Children Foundation’ untuk menaja 18 kanak-kanak prasekolah yang kurang berkemampuan untuk lawatan ke ‘Farm in the City’ di Kuala Lumpur untuk memberikan mereka pengalaman dan peluang untuk menerokai dengan lebih lanjut mengenai haiwan-haiwan yang ada. Kanak-kanak tersebut telah melalui hari yang menyeronokkan dan menggembirakan.