PROJEK

Bantuan Kewangan dan Sukarelawan: Penanaman pokok di SK Tambak Jawa Jeram (29 September 2018)

Pihak sekolah SK Tambak Jawa Jeram telah menghubungi Yayasan Kossan untuk meminta penajaan dari segi pembelian pokok untuk menaik taraf dan mencantikkan pemandangan di sekitar kawasan sekolah. Pihak sekolah juga ingin membina taman herba untuk kanak-kanak sekolah bagi mendidik mereka tentang kepentingan tanaman. Untuk aktiviti penanaman, 30 sukarelawan dari Yayasan Kossan telah menolong dalam aktiviti tersebut.

Selain sukarelawan dari Yayasan Kossan, guru besar SK Tambak Jawa iaitu En. Ramli, bersama-sama dengan ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta para pelajar juga menyertai program tersebut.