PROJEK

Bantuan kewangan dan sukarelawan: HOL 448 Food Bank Charity Drive (13 Mei 2018)

Yayasan Kossan telah menaja 126 sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam ‘HOL 448 Food Bank Charity Drive Run’ yang diadakan di Dewan Serbaguna Bandar Botanik Klang. Acara larian ini dianjurkan dengan tujuan mengumpul dana untuk menyediakan bekalan makanan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan termasuklah mereka yang sakit, ibubapa tunggal dan rumah orang tua.