PROFIL KAMI  
LATAR BELAKANG

 

Dengan visi Menjadikan Hidup Lebih Baik untuk Semua, Yayasan Kossan ditubuhkan pada 31 Disember 2015 sebagai satu platform yang tersusun, teratur, dan berfokuskan dalam melaksanakan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat Kossan dengan berkesan dan memberi impak yang signifikan kepada mereka yang memerlukan.

Yayasan Kossan merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang bebas, tidak berasaskan keuntungan, dan ditadbir oleh lembaga pemegang amanah yang bebas. Sumber utama dana bagi yayasan ini datang daripada Kumpulan Syarikat Kossan. Ahli lembaga pemegang amanah bagi yayasan ini terdiri daripada 4 orang profesional yang berpengalaman luas dalam pelbagai usaha kesejahteraan dan kemasyarakatan. Mereka bertanggungjawab untuk mentadbir dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh Yayasan Kossan. Para pemegang amanah bertanggungjawab dalam menetapkan dasar-dasar yayasan manakala tanggungjawab untuk menjalankan operasi harian Yayasan Kossan diserahan kepada Pasukan EXCO dibawah pimpinan Presiden yang dilantik.

Yayasan Kossan percaya bahawa pendidikan dan kesejahteraan masyarakat adalah penting dalam membina masa hadapan yang lebih cerah. Aspek ini menjadi fokus utama Yayasan Kossan disamping sokongan terhadap isu-isu hidupan liar dan alam sekitar serta pemupukan seni dan budaya. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, Yayasan Kossan telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan dan meneruskan usaha murninya dalam menaiktaraf kualiti hidup untuk semua.