PROJEK
Bantuan Kewangan: Bekalan Makanan bagi Pertubuhan Kebajikan Mental Selangor (Jun 2018)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MENTAL SELANGOR (PKMS) adalah satu pertubuhan untuk mereka yang mengalami kemurungan dan kurang keupayaan mental. Rumah ini terdiri daripada 70 orang yang tidak mempunyai tempat tinggal. Sebagai sokongan berterusan dari Yayasan Kossan untuk rumah ini, 100 beg beras telah dibekalkan untuk keperluan segera mereka. Yayasan Kossan telah membekalkan makanan kepada mereka sejak tahun 2016.