PROJEK
Bantuan Sosial: Sumbangan Makanan kepada Pertubuhan Kebajikan Mental (Disember 2016)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MENTAL SELANGOR (PKMS) adalah rumah jagaan bagi individu yang mengalami kemurungan dan masalah mental. Rumah jagaan ini mempunyai 70 orang gelandangan yang kehilangan tempat tinggal dan organisasi tidak berasaskan keuntungan ini telah menghubungi Yayasan Kossan untuk memohon sumbangan dalam bentuk barang makanan.
Yayasan Kossan berbesar hati untuk menyokong dan memberi bantuan barang makanan kepada rumah jagaan tersebut kerana makanan merupakan keperluan asas yang penting untuk kehidupan manusia. Menurut Pertubuhan Kebajikan Mental Selangor, mereka memerlukan peruntukan kewangan yang besar setiap bulan bagi mengurus dan menjaga para penghuni dibawah seliaan mereka.
Yayasan Kossan telah menyampaikan 100 (kampit) beras kepada PERTUBUHAN KEBAJIKAN MENTAL SELANGOR (PKMS) dari semasa ke semasa bagi membantu dan menyokong operasi rumah jagaan tersebut.
Yayasan Kossan tidak hanya menumpukan kepada keberkesanan kerja-kerja amalnya tetapi juga bertujuan untuk menonjolkan kualiti terbaik dalam diri setiap individu. Kami berbesar hati dapat berbakti kepada masyarakat disamping memberi harapan dan dorongan kepada persatuan-persatuan dan masyarakat yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kehidupan dan seterusnya menemukan makna kehidupan yang sebenar.