PROJEK
Bantuan Sukarelawan: Aktiviti Mencantikkan Sekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Liat Choon (November 2016)
Sekolah adalah institusi yang menjadi asas perkembangan kanak-kanak.
Institusi tersebut memainkan peranan penting dalam membentuk kanak-kanak menjadi warga negara yang baik serta bertanggungjawab melalui asuhan dan didikan.
Pendidikan memberi kita pengetahuan tentang dunia. Ia membuka jalan untuk peluang kerjaya yang baik. Ia membantu membina perwatakan seseorang individu. Ia membawa kepada penggarapan ilmu dan informasi. Aspek-aspek ini membentuk asas negara yang kuat.
Bagi memastikan keberkesanan proses pendidikan, persekitaran pendidikan yang baik adalah penting bagi kanak-kanak.
Pada bulan November, Yayasan Kossan dengan kerjasama para pekerja Kossan telah menjalankan projek kemasyarakatan dalam usaha untuk membaik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) Liat Choon bagi menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih baik.
Pada hari tersebut, para sukarelawan menunjukkan sokongan mereka dengan mengecat tingkap, gelanggang bola keranjang, dan menghias dinding luar bilik darjah dengan reka bentuk yang berwarna-warni. Ia merupakan hari yang bermakna dan para sukarelawan berasa gembira kerana dapat menyokong dan membantu untuk meningkatkan persekitaran sekolah untuk kebaikan kanak-kanak.