Peranan Kami Dalam Tanggungjawab Sosial Korporat

Yayasan Kossan ditubuhkan dengan objektif untuk membiayai dan memberikan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti dermawan bagi tujuan pendidikan dan kesejahteraan sosial termasuk perubatan dan kesihatan, alam sekitar, kesenian, dan kebudayaan di Malaysia.

Fokus kami adalah untuk menghulurkan bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan atau golongan kurang berkemampuan dalam komuniti.

 

Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai projek serta inisiatif kami

Karnival Kesihatan dan Keselamatan
Karnival Kesihatan dan Keselamatan 2023
Program Bakul Makanan Yayasan Kossan B40

Ketahui Bagaimana Kami Memacu Negara ke Hadapan


PERUBATAN

Jenis Bantuan Perubatan :

  1. Membantu pembiayaan kos perubatan untuk pesakit yang menjalani dialisis, kemoterapi, atau lain-lain penyakit akut.
  2. Memberi sumbangan kerusi roda atau anggota badan palsu kepada individu kurang upaya.
  3. Menganjur pelbagai kempen kesihatan, derma darah, kesedaran tentang dadah, dan sebagainya.

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Jumlah pendapatan isi rumah bulanan RM5,000 atau kurang (tertakluk kepada Kriteria Ujian Min).
  3. Warga emas atau individu yang kurang kemampuan dan menghidap penyakit akut seperti diabetes, kanser, dan sebagainya.

KEBAJIKAN

Jenis Derma :

  1. Wang tunai
  2. Makanan
  3. Pakaian
  4. Buku & alat tulis
  5. Sarung tangan & topeng muka
  6. Perabot
  7. Peralatan memasak
  8. Barang penjagaan diri
  9. Barang tempat tidur
  10. Basikal
  11. Perkakas elektrik
  12. Alatan sukan
  13. Lain-lain keperluan

Kelayakan :

  1. Rumah anak yatim
  2. Rumah warga emas
  3. Masyarakat orang asli
  4. Mangsa bencana
  5. Organisasi tidak berasaskan keuntungan
  6. Lain-lain individu atau organisasi

SENI & BUDAYA

Jenis :

  1. Menyokong persatuan-persatuan kebudayaan dan seni tempatan.
  2. Memberi sumbangan peralatan.
  3. Menganjurkan pelbagai kempen kesedaran tentang warisan budaya tempatan.

Kelayakan :

Persatuan bukan komersial (i.e. organisasi tidak berasaskan keuntungan).

ALAM SEKITAR

Jenis :

  1. Menaja persatuan-persatuan perlindungan alam sekitar & haiwan liar.
  2. Kempen pendidikan dan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar.
  3. Menyokong aktiviti pengurusan alam sekitar.
  4. Menyokong masyarakat dalam program alam sekitar.

Kelayakan :

Persatuan bukan komersial (i.e. organisasi tidak berasaskan keuntungan).

Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda Hari Ini?


Hubungi Kami
+603-3392 3013